Wednesday, December 13, 2006

BALIK KAMPUNG aka KELIK KAPONGG
Hari ini kawe akan pulang ke desa tercinta untuk cuti semester sebelum memulakan praktikal pada Januari 2007. Kawe perlu akan kedamaian di kampung untuk ketenangan minda dan jiwa. Senyuman ibu bapa sudah cukup memberi satu tonik kepada diri kawe.
Tapi perkara yang kawe paling suka ialah dapat berjumpa teman2 lama. Disitulah hilai ketawa akan terbit setiap kali kawe bersua dengan mereka di kampung. Sesi lepak berlanjutan sampai dinihari.
Namun begitu, kawe tetap akan teringat kepada bumi Tanjung Malim selepas ini.......
---------------------------------------------


.... kawe tak sabar nak makan nasi dagang. Huhuhu....



Tuesday, December 12, 2006




Setelah hampir 4 tahun bermain suka dan duka di bumi Suluh Budiman yang mahsyur dengan sejarahnya, kawe akan melangkah keluar dengan sejuta macam perasaan. Sedih bila terkenang akan betapa indahya dunia remaja dikala bergelar seorang pelajar dan sedikit girang pabila melihat rekod masa yang diisi dalam dunia pendidikan akan mulai berakhir. Satu lagi cabaran bakal kawe hadapi di masa hadapan.

Nostalgia ini kawe akan ingat sampai bila2. Dunia kampus memang best. Dapat rasa tinggal di asrama dan kemudiannya di rumah sewa lak. Penuh dengan ragam bersama kawan-kawan. Bumi Tanjung Malim banyak mengajar kawe tentang erti kehidupan. Manusia itu unik.

Tapi yang paling best...... ada duit terus belayar ke KL. Huhuhu.....



Note
  1. Kena cari rumah sewa kat Batu Arang, Rawang untuk keperluan praktikal kawe.
  2. Kena refresh balik ilmu2 kaunseling sebagai persediaan untuk praktikal nanti. Banyak yang lupa oiii....

Wednesday, November 22, 2006

Isk... lama dah tak update blog ni. Malas betul. Huhuhu.....

Takper, kawe akan buat slow2. Mana tau timbul ketagihan dalam jiwa ini. Yeah!!!!

Thursday, August 17, 2006

Semalam Sahibul Samahah Datuk Seri Harussani Zakaria, Mufti Perak telah dijemput mengadakan ceramah tentang isu semasa terutama isu murtad....





Tapi.... aku tak berkesempatan pergi.... arghhhhh....
Terharu melihat ramainya umat Islam yang datang mendengar butir penjelasan Dato' Mufti semalam...

Saturday, August 12, 2006